malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saya digantung kerana buat perkara betul, kata bekas pengerusi Kojadi
Diterbitkan:  Jul 9, 2019 8:35 PM
Dikemaskini: 12:36 PM
ADS

Pengerusi Koperasi Jayadiri Sdn Bhd (Kojadi) Ng Peng Hay digantung oleh lembaga pengarah syarikat itu.

Menurutnya, mesyuarat lembaga diadakan pada jam 2.30 petang tadi untuk membincangkan dan memutuskan kedudukan pengerusi lembaga pengarah.

"14 ahli lembaga itu memutuskan untuk menggantung saya dengan serta-merta," kata Ng dalam satu kenyataan hari ini.

Dia mendakwa penggantungannya dibuat sewenang-wenangnya dan tidak ada asas undang-undang.

"Saya ada hak saya. Hari ini, saya digantung kerana melakukan perkara yang betul," tambahnya.

Ng, yang telah berkhidmat di lembaga Kojadi selama 23 tahun, menyenaraikan kronologi peristiwa yang membawa kepada penggantungannya.

Dia berkata koperasi itu telah menerima geran RM15 juta dari Yayasan 1MDB pada tahun 2012 untuk skim kredit mikro untuk belia.

Ng berkata dia telah mencadangkan semasa mesyuarat lembaga tergempar yang diadakan pada 27 Jun lalu agar mereka mengembalikan wang itu memandangkan langkah SPRM yang mahu menuntut dana berkaitan 1MDB.

Lembaga pengarah kemudian mengarahkan Ng untuk menemui SPRM bagi menjelaskan kedudukan Kojadi dan mendapatkan arahan buat agensi.

Bagaimanapun, Ng mendakwa bahawa sebelum dia dapat berjumpa dengan SPRM, presiden MCA, Wee Ka Siong mengeluarkan arahan kepada semua pengarah Kojadi melalui media sosial untuk menghentikan pertemuan dengan SPRM dan bertemu dengan pemimpin parti pada 1 atau 2 Julai.

Dia kemudian membantah campur tangan yang dikatakan oleh presiden MCA itu dalam operasi Kojadi dan meletak jawatan dari MCA sebagai anggota parti selepas 45 tahun, sebagai tanda protes.

Ng juga mendakwa anggota lembaga pengarah dipaksa menandatangani satu kenyataan terhadapnya atas dana 1MDB yang diterima.

Dia berkata pada 3 Julai lalu dia dipanggil ke Putrajaya untuk bertemu dengan ketua suruhanjaya itu Mohd Zamri Zainul Abidin.

[Baca berita asal]

Lihat Komen