Pengiklanan

    Haziq dah dipecat, Nazree pula dapat masalah

    (Dikemaskini )

    Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah dipecat. Tetapi pihak yang menuntut dia dipecat sebelum ini - Mohd Nazree Mohd Yunus - pula berdepan masalah.

    Mohd Nazree, naib ketua Pemuda PKR (AMK), hari ini mendapat surat tunjuk sebab dari PKR susulan kenyataannya 19 Jun lalu yang menggesa Haziq dipecat.

    PKR ketika itu hanya mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Haziq yang mendakwa melakukan hubungan seks sejenis dengan Timbalan Presiden Azmin Ali.

    Malaysiakini difahamkan notis kepada Mohd Nazree dikeluarkan Lembaga Disiplin selepas menerima aduan dari pihak yang tidak dinamakan.

    “Lembaga Disiplin meneliti aduan tersebut dan mendapati ada asas,” menurut sumber.

    Haziq Abdullah Abdul Aziz 

    Gesaan Nazree itu didakwa bertentangan dengan keputusan Biro Politik PKR pada 19 Jun dan dianggap mengingkari, memburuk dan atau memperkecilkan dasar-dasar serta keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP)

    Mohd Nazree diberikan tempoh 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.

    Bagaimanapun, menurut Mohd Nazreee, surat bertarikh 28 Jun itu baru saja diterima Mohd Nazree hari ini melalui e-mel.

    Mohd Nazree dilaporkan mengeluarkan kenyataaan tersebut pada 19 Jun lalu selepas menghadiri mesyuarat tergempar AMK Pusat di Shah Alam yang dipengerusikan Setiausaha Politik Azmin, Muhammad Hilman Idham.

    Mohd Nazree dilaporkan menggesa partinya supaya memecat Haziq dan berkata sayap pemuda parti itu senantiasa berdiri teguh bersama Azmin dan bersiap menghadapi sebarang kemungkinan.

    Namun, sehari selepas itu, Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab menolak kenyataan tersebut sebaliknya berkata kenyataan Mohd Nazree tidak mewakili keseluruhan sayap pemuda.

    Selain Mohd Nazree, ramai pemimpin parti yang dilihat cenderung kepada kem Azmin mendesak tindakan keras kepada Haziq.

    Azmin menafikan dakwaan itu, mengancam tindakan undang-undang dan mendakwa terdapat komplot untuk menjatuhkannya.

    Nazree pertahan kenyataan 

    Sementara itu, Nazree ketika dihubungi Malaysiakini mempertahankan kenyataannya dan akan menjawab notis tersebut dalam masa terdekat.

    “Saya dalam ruang waktu jawab kembali notis tunjuk sebab dan saya akan ambil masa terdekat akan jawab kepada lembaga disiplin.

    “Pada masa ini saya masih pertahankan kenyataan saya pada 19 Jun lepas tapi justifikasi akan saya jelaskan dalam surat maklum balas notis yang diberikan,” katanya.

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih