malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘Waktu terima tawaran, saya tak ada banyak masa untuk fikir’
Diterbitkan:  Jul 9, 2019 12:18 PM
Dikemaskini: 4:18 AM
ADS

Latheefa Koya mendedahkan hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk memikirkan tawaran mengetuai SPRM.

Beliau memberitahu The Malaysia Insight, beliau mungkin menolak tawaran tersebut sekiranya diberikan masa lebih lama untuk berfikir mengenainya.

"Ini secara tiba-tiba kepada saya. Bila tawaran diberikan, saya diberikan masa yang pendek untuk fikir," kata beliau di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Katanya, berita berkaitan pelantikannya itu hanya muncul malam malam hari raya bulan lalu, 4 Jun.

Beliau juga berkata tidak ada bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum lantikan itu.

Bagaimanapun, selepas itu, beliau terkejut mengetahui Dr Mahathir tahu berkaitan latar belakangnya.

"Beliau mengingatkan saya mengenai kuasa (sebagai ketua SPRM) dan memberitahu saya bahawa saya perlu tahu bagaimana untuk menggunakan kuasa saya.

"Ia merupakan perjumpaan yang sangat pendek dan beliau tidak menyentuh sebarang kes secara spesifik kepada saya," kata beliau.

Latheefa turut mengakui bahawa terkejut dengan betapa banyak kerja, pengesahan sumber dan pengumpulan bukti dimasukkan dalam satu-satu siasatan kes.

"Jika SPRM menangkap anda, mereka tidak akan membawa anda ke mahkamah melainkan mereka mempunyai kes yang kuat terhadap anda. Ini jenis standard yang mereka ada," katanya.

Bekas pengarah eksekutif Lawyers of Liberty itu tidak melihat konflik antara kerja masa lalu sebagai seorang peguam hak asasi manusia.

"Pencegahan rasuah saling berkaitan dengan hak asasi manusia. Tanpa berurusan dengan rasuah, banyak hak asasi manusia dipijak dan dinafikan.

“Saya dapat menyelaraskan dengan kerja yang saya lakukan dengan SPRM, "katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen