malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Chef Wan 'dirasuk syaitan’ lagi - Najib
Diterbitkan:  Jul 8, 2019 4:18 PM
Dikemaskini: 8:27 AM
ADS

Najib Razak, yang pernah dikritik keras Chef Wan, membangkitkan kenyataan selebriti tukang masak itu terhadap segelintir peneroka Felda semalam.

Bekas perdana menteri secara sinis percaya Chef Wan akan sekali lagi memohon maaf atas alasan “dirasuk syaitan”.

“Ikon Felda bersuara. Dia kata peneroka Felda adalah orang yang malas serta suka berkahwin dua atau tiga. 

"Selepas berkahwin pula, peneroka ‘membiak seperti kucing’.

“Tak apa, nanti dia akan meminta maaf dengan alasan bahawa dia sekali lagi dirasuk syaitan,” tulis anggota parlimen Pekan di Twitter.

Chef Wan pada 21 Januari lalu meminta maaf kepada Najib kerana mahu menampar mukannya selepas mendakwa BN gagal menguruskan Felda dengan baik selama ini.

“Kepada DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar saya telah gunakan di waktu saya merasa amat marah!

“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita seperti yang saya lakukan pagi ini. 

"Ya saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!” kata Chef Wan.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail semalam dinamakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagao ikon Felda dalam satu acara di Rompin, Pahang.

Beliau selepas itu menulis di Instagram, yang antaranya menasihatkan orang Felda supaya meninggalkan sikap buruk antaranya sibuk menyalahkan kerajaan di kedai kopi dan menunggu bantuan.

“Esok dapat bantuan lain pula ceritanya.

“Ada subsidi baja pun di jual. Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua tiga bini lagi dan beranak anak macam kucing!” katanya.

Chef Wan berkata perkara itu benar-benar berlaku di Felda tempat beliau membesar yang kini semakin turun ke anak cucu.

Ketika era BN, beliau antara segelintir tokoh awam yang bangun menyatakan sokongan terbuka kepada Mahathir bersama Pakatan Harapan dan mengkritik kepimpinan Najib.

View this post on Instagram

Alhamdulilah on the cover of NST paper this morning with our Prime Minister. Such an incredible feeling to be next to a leader that is respected by the whole world. To recieved this national award from him lagi lah menyuntik semangat saya untuk meluang kan masa dan berkorban untuk berkerjasama dengan anak2 Felda terutama di bidang culinary, hospitality mau pun perusahaan Makanan yang boleh menjamin kan masa depan mereka semua untuk berjaya di dalam hidup ini. My years of experienced as the Food Ambassador for juga Maltrade has taken me to so many World Food Expo dan melihat bagaimana each of those countries went out there untuk bersaing dan jenama kan products mereka serta menembusi pasaran dunia antara bangsa. As now pasaran Kelapa sawit yg tidak menentu di dunia orang2 Felda mesti bergiat semula untuk bercucuk tanam dan mencari juga pendapatan2 yg lain dari segi dunia permakanan ini. We import too much food products and produce so little for home consumption. Padahal Malaysia ini kaya dengan tanah yg terbiar dan tidak di urus dgn baik. Jabatan Pertanian need to also privatise tanah2 supaya di usaha kan dengan cara yg baik dan boleh mengeluar kan hasil2 yg lumayan untuk negara. When i travelled and filmed my TV show i see many countries doing this. Sweden, Norway, Australia etc. They all are small organic farm termasuk juga binatang2 ternakan. Di sini orang2 Felda kita although tak semua sibuk di kedai kopi menyalah kan kerajaan menunggu bantuan. Esok dapat bantuan lain pulak ceritanya. Ada subsidi baja pun di jual..Dapat duit lebih gatal boleh kawin 2 tiga bini lagi dan beranak anak mcm kucing! This is a true story as it happened in so many Felda pun when i was growing up. Sikap buruk mereka hari ini ada sampai turun pulak kepada anak dan cucu2 mereka pun. They might not like what i say but that the honest truth. I always think how can we motivate all this young generation to get up, be inspire and self driven to excel in life. Ohhhh alot of work but i think i am ready to assist some of them for a start. Now that my restaurant is moving well i can slowly set a side some of my time for abit of social work nampaknya. Have a great week ahead everyone.❤❤❤

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

 

Lihat Komen