malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP Johor dapat ketua pemuda Melayu pertama
Diterbitkan:  Jul 6, 2019 6:40 PM
Dikemaskini: 10:48 AM
ADS

DAP Johor mencipta sejarah apabila sayap Pemuda (DAPSY) di negeri itu buat pertama kalinya diterajui oleh ketua dari kalangan pemimpin Melayu.

Pegawai pilihan raya Dapsy Johor, Eric Teh mengumumkan Sheikh Umar Bagharib Ali memenangi jawatan itu dengan memperoleh 31 undi menewaskan pencabarnya,  Marina Ibrahim yang memperoleh dua undi. 

Dua lagi undi rosak dicatatkan dalam pemilihan itu.

Menurut Eric seramai 56 wakil Dapsy Johor hadir daripada 62 wakil yang layak memilih ketua mereka yang baru.

Sheikh Umar atau lebih dikenali sebagai Bro Shake, merupakan Adun Paloh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor.

Beliau merupakan seorang bekas aktivis PAS sebelum menyertai DAP pada 2015.

Sementara itu, ketua Dapsy Kebangsaan Howard Lee dalam kenyataannya mengucapkan tahniah kepada Sheikh Omar dan pada masa meminta agar Marina meneruskan perjuangannya.

"Semoga kepimpinan negeri yang baru, dan ahli ahli Dapsy Johor dan pasukan saudari Marina Ibrahim terus tabah meneruskan perjuangan parti.

"Menang kalah hanya soal sedih gembira seketika, persaingan bagaimana sengit pun jangan menjejaskan persaudaraan antara kita. Kerana akhirnya kita satu keluarga.

"Sekali-lagi tahniah Bro Shake dan pasukan. Teruskan perjuangan Marina," katanya.

Lihat Komen