Pengiklanan

    'Apa kata PH Mahathir gesa parti Melayu masuk Bersatu?'

    (Dikemaskini )

    Bekas presiden Umno Najib Razak berkata beliau mahu tahu pandangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) lain berkenaan gesaan pengerusinya Dr Mahathir Mohamad untuk semua parti Melayu menyertai Bersatu.

    "Kita fikir elok tunggu komen daripada rakan-rakannya dalam PH - PKR, PAN (Amanah) dan DAP. Lepas itu baru Umno akan komen," katanya kepada pemberita ketika ditemui di program di Kuala Lumpur hari ini.

    Semalam, Mahathir mempelawa semua parti Melayu, termasuk Umno, untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatukan golongan itu dan meningkatkan kuasa politik mereka.

    Mahathir berkata orang Melayu kini terbahagi kepada enam parti menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

    Najib berkata Mahathir sendiri yang menubuhkan sebuah lagi parti untuk orang Melayu dan "bersekongkol dengan pihak lain".

    Pada masa ini, selain Umno dan Bersatu, parti-parti yang dianggotai orang Melayu termasuk PAS, Amanah, Putra dan Ikatan.

    PKR pula parti pelbagai kaum dengan jumlah anggota Melayu yang ramai.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih