malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib setuju turun had umur tapi 18 tahun mudah terpengaruh
ADS

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menyokong pindaan bagi menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Bagaimanapun beliau menegaskan langkah itu memiliki beberapa kelemahan.

"Secara prinsip kami menyokong tetapi terdapat beberapa kelemahan.

"Ini akan mengakibatkan politik Malaysia akan mengalami lebih banyak turun naik kerana kerisauan (kita) majoriti orang (pengundi) pada usia itu.

"Kedua, sekolah sepatutnya bukan medan pertarungan untuk parti-parti politik. Universiti tidak mengapa tetapi bukan sekolah.

Tambahnya, senario dan lanskap politik Malaysia juga akan sukar dijangka apabila lebih banyak peranan dimainkan oleh pengundi muda.

"Ia menjadikan politik Malaysia lebih sukar diramal kerana orang-orang pada usia itu sangat mudah dipengaruhi dan mereka dengan mudah boleh beralih arah, namun kita menerima bahawa ini adalah trend di seluruh dunia," katanya.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang mencadangkan had umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dibentang untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

RUU bagi meminda Perkara 119 (1) (a) perlembagaan berkenaan dibentang Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Cadangan pindaan itu membolehkan lebih ramai warganegara Malaysia layak mengundi dan memilih kerajaan melalui pilihan raya selaras sistem demokrasi yang progresif.


Lihat Komen