BERITA

Dua lokasi KL jadi tapak himpunan

Kow Gah Chie

4 7月 2019, 8:07 早上

Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-

PARLIMEN l Padang Merbok dan Jalan Raja di Kuala Lumpur akan diwartakan sebagai tempat perhimpunan yang ditetapkan, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Susulan itu, katanya, penganjur yang ingin mengadakan perhimpunan di dua lokasi itu tidak lagi perlu mengemukakan notis pemberitahuan kepada pihak polis.

“Walau bagaimanapun penganjur perlu memohon kebenaran dengan pemilik premis berkenaan.

“Kementerian (juga) bercadang untuk menambah tempat perhimpunan yang ditetapkan,” kata Muhyiddin ketika membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019.

Menurutnya, setakat ini, hanya Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang yang telah diwartakan sebagai tempat perhimpunan yang ditetapkan.

Muhyiddin juga memaklumkan sebanyak 8,668 demonstrasi dan perhimpunan diadakan sepanjang 2018, manakala 1,592 lagi diadakan pada tahun ini stakat Mei lalu.

“Pihak polis telah membantu dalam memudahcara kesemua penganjuran perhimpunan aman tersebut.

“Sepanjang tempoh berkenaan juga, tiada sebarang kes yang didakwa di mahkamah,” katanya.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen