malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Semua papan tanda jalan di S’gor akan guna bahasa Melayu saja
Diterbitkan:  Jul 4, 2019 11:50 AM
Dikemaskini: 3:52 AM
ADS

Kerajaan Selangor menetapkan semua papan tanda jalan negeri Selangor akan menggunakan bahasa Melayu sahaja.

Perkara itu, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, selaras dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan1963 / 1967.

“Pendirian kerajaan adalah selaras dengan komitmen Pakatan Harapan yang komited mempertahankan beberapa teras utama perlembagaan seperti kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” kata Amiruddin.

Amiruddin berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga bertitah agar kerajaan negeri menetapkan hanya bahasa Melayu digunakan dalam papan tanda rasmi kerajaan negeri, termasuk pihak berkuasa tempatan.

Amiruddin berkata demikian dalam kenyataan medianya bagi memaklumkan penukaran nama Jalan Semangat di Petaling Jaya kepada Jalan Profesor Khoo Kay Kim bagi mengenang jasa ahli akademik itu.

Lihat Komen