malaysiakini logo
story-image
ADS

Pasukan pembelaan perbicaraan kes SRC International terhadap bekas Najib Razak yakin saksi utama pendakwaan, Suboh Md Yassin kini adalah jawapan untuk membuktikan bekas perdana menteri itu tidak bersalah.

Ketua peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata keterangan bekas pengarah SRC International itu berharga bagi pembelaan.

"Keterangan Suboh hari ini... Apa saja yang dia kata kepada pendakwaan Isnin ini, if he jumped back on that, ia tidak membawa apa-apa perbezaan. Kerana dia sudah sahkan dengan kita. Kita telah berikannya segala peluang.

"Suboh adalah saksi utama. Sekarang anda tahu mengapa saya tak mahu mencabar kesaksiannya (impeach), (kerana) saya tidak akan dapat menggunakan sebarang buktinya. Saya mahu gunakan bukti dia kerana dia telah beritahu segalanya kepada kami," katanya dalam sidang media di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Awal minggu ini, Shafee menjawab soalan Malaysiakini berhubung sama ada pasukan pembelaan mahu mencabar kedudukan Suboh sebagai saksi susulan keterangannya yang tidak konsisten.

Ketika pemeriksaan balas dengan Suboh - saksi ke-42 pendakwaan - yang bermula Isnin lalu, dia setuju tandatangannya pada 17 arahan perbankan antara 2014 dan 2015 mungkin palsu.

Dalam keterangannya pada Selasa, Suboh berkata dia kini yakin tidak menurunkan tandatangan terhadap mana-mana dokumen, yang dihantar kepada Bank AmIslamic, melibatkan pemindahan wang berjuta ringgit.

Suboh Md Yassin

Dia juga berkata tidak tahu akan transaksi yang dibuat.

Hari ini, mahkamah diberitahu bahawa perkhidmatan Nik Faisal Ariff Kamil sebagai CEO dan pengarah urusan tamat pada Ogos 2014, dan lembaga pengarah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya tetapi mengekalkannya sebagai pengarah eksekutif, kerana dia diperlukan untuk membawa balik wang pinjaman syarikat yang didakwa dilabur di luar negara.

Shafee mendakwa keterangan Suboh antara lain telah menunjukkan lembaga pengarah SRC International telah ditipu oleh CEO ketika itu iaitu Nik Faisal, agar percaya bahawa arahan yang diterima mereka berkenaan hala tuju syarikat datang daripada Najib.

Peguam itu berkata Nik Faisal juga dipercayai telah memperdaya Najib.

"Nik Faisal, saya tak fikir (dia) bertindak sendiri," kata Shafee.

Katanya, tidak munasabah untuk Najib melantik orang yang memiliki kelayakan tinggi dan pengalaman dalam perbankan dan hal ehwal syarikat dalam kerajaan dan SRC International jika ada hasrat untuk menipu syarikat terbabit.

Dia juga berkata keliru akan mengapa pegawai siasatan SPRM tidak membuat perbandingan terhadap tandatangan ketika mereka menyoal siasat Suboh pada 2015 dan tahun lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen