malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nik Zawawi mahu Mujahid... atau pemimpin lebih tinggi
Diterbitkan:  Jul 2, 2019 9:13 PM
Dikemaskini: 1:15 PM
ADS

Ketua Ulama PAS Pusat, Dr Nik Zawawi Salleh, melorongkan jalan untuk membolehkan beliau 'berdebat' mengenai pandangannya bahawa wajib bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH.

Sehari selepas menolak tawaran individu yang dianggapnya tidak setaraf untuk bersemuka, anggota parlimen Pasir Puteh itu hari ini 'mempelawa' Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof untuk duduk sepentas dengan beliau.

Dalam kenyataan dibuatnya Nik Zawawi juga menganggap Mujahd sebagai "sahabat karib" beliau dan mengajak anggota parlimen Parit Buntar itu berdialog, bukannya berdebat.

"Bepaksikan kepada mencari kebaikan untuk semua, saya sangat mengharapkan agar dialog antara saya dengan sahabat karib Dr Mujahid diterima oleh beliau," katanya.

Nik Zawawi juga berkata beliau bangga dengan sikap terbuka rakyat Malaysia yang mula bertegas untuk mencari kebenaran dan menolak adu domba politik.

Katanya, kritikan pedas yang dibuatnya sebelum ini mendorong ada pihak mencabar untuk berdialog, malah ia diadukan kepada polis.

Namun kata Nik Zawawi, aneh apabila pihak yang "ribut" bercakap dan menawarkan diri untuk berdialog dengan beliau adalah "golongan pertengahan".

"Yang anehnya golongan pertengahan yang ribut bercakap dan menawar diri untuk berdialog," katanya.

Terdahulu Nik Zawawi menarik perhatian umum selepas mengeluarkan kenyataan "wajib menjatuhkan kerajaan PH" pada sesi penggulungan Muktamar PAS ke-65 di Kuantan, baru-baru ini.


Baca Mokhtar Senik: Nik Zawawi ini level menteri


Beliau kemudiannya melontarkan tawaran untuk berdialog secara terbuka berkaitan isu yang diketengahkan itu.

Tawaran tersebut disahut oleh beberapa individu antaranya pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin dan Pengarah Syariah Amanah Nasional, Zolkharnain Abidin.

Bagaimanapun ditolak Nik Zawawi dengan menyifatkan individu tersebut tidak setaraf denganya.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu bagaimanapun berkata beliau bukanlah mencabar Mujahid dalam hal itu sebaliknya cuma mengajak berdialog secara harmoni untuk mencari jalan penyelesaian Islam dalam polemik politik negara.

"Saya tidak berhasrat untuk mencari kemenangan atau publisiti murahan. Kalau sekiranya perlu dibuat dialog dengan pimpinan lain yang lebih tinggi pun lebih baik untuk Islam dan ummahnya.

"Bagi saya dialog dengan semangat untuk mencari jalan penyelesaian Islam adalah sangat baik.

"Dialog profesional ini sangat berkesan kalau diadakan antara tokoh-tokoh politik tertinggi yang mampu merubah hala tuju politik dan pemerintahan negara sangat memberi impak positif untuk semua," katanya yang merujuk diri beliau sebagai "insan yang daif."

Lihat Komen