malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Loke elak jawab secara terus isu plat 'TMJ, RZ'
ADS

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sekali lagi mengelak apabila ditanya sama ada kedua-dua kenderaan dengan nombor plat 'TMJ' atau 'RZ' didaftarkan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Loke ditanya pemberita di lobi Parlimen berkenaan sebab kementeriannya memberi jawapan bertulis yang tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong.

“Tak apa, kami telah memberikan jawapan bertulis," katanya ringkas.

Beliau juga enggan memberi jawapab apabila ditanya sama ada kementeriannya cuba menghindari konflik dengan keluarga diraja Johor.

Pang bertanya soalan itu ketika sidang Dewan Rakyat semalam.

Plat 'TMJ' digunakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, manakala 'RZ' oleh Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.

Dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman web Parlimen, Kementerian Pengangkutan hanya menyatakan peraturan berkaitan kuasa menteri dan pengarah JPJ berhubung pendaftaran plat lesen kenderaan.

Antara lain, kementerian itu menyatakan pengarah JPJ boleh mengenakan bayaran untuk pendaftaran plat berlesen, dan nombor plat berdasarkan di mana kenderaan itu didaftarkan.

"Selain daripada nombor pendaftaran yang mengikut kawasan pendaftaran, nombor pendaftaran istimewa telah turut diperkenalkan selaras dengan Kaedah 5A, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

"Pemberian nombor pendaftaran istimewa ini adalah berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh menteri," kata jawapan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen