malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tiada tindakan lanjut untuk dapatan RCI forex
Diterbitkan:  Jul 1, 2019 11:48 PM
Dikemaskini: 3:48 PM
ADS

PARLIMEN | Laporan polis berdasarkan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal tukaran mata wang asing pada 1990-an dulu diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata penelitian daripada dapatan itu mendapati ada kekurangan keterangan dokumentari bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Hal itu kerana katanya kejadian berkenaan berlaku lebih 25 tahun dan dokumen asal mengenainya gagal diperolehi.

"Pada masa sama, pengadu juga menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

"Oleh itu, kes berkenaan diputuskan sebagai NFA (no further action)," katanya dalam jawapan bertulis hari ini.

Liew sebelum itu menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanya mengenai tindakan susulan diambil pihak berkuasa terhadap skandal tersebut dan laporan polis yang dibuat mengenainya.

Ahmad juga bertanya mengenai pendirian kerajaan untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal 1MDB, Lembaga Tabung Haji, Felda dan Mara.

"Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya," katanya.

Bagaimanapun Liew tidak memberikan jawapan kepada soalan berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen