Pengiklanan

    Tiada tindakan lanjut untuk kes pangsapuri Mat Hasan di London

    (Dikemaskini )

    Jabatan Peguam Negara (JPN) mengekalkan status tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap kes pembelian pangsapuri RM10 juta di London oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

    “Bagaimanapun, pada April 2019 kertas siasatan telah dikemukakan untuk penelitian semula.

    “Pada 2 Mei 2019 pihak JPN telah mengekalkan keputusan no further action (NFA) setelah meneliti hasil siasatan,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

    Jabatan itu pada 2013 telah membuat keputusan sama untuk tidak mendakwa dan menghentikan siasatan setelah mendapat kertas siasatan SPRM dua tahun sbeoumnya.

    Liew berkata dalam jawapan lisan parlimen terhadap soalan RS Rayer (DAP-Jelutong).

    Pemuda Amanah membuat laporan SPRM berkaitan perkara itu pada April lalu di tengah-tengah kempen Mohamad dalam pilihan raya kecil Rantau, Negeri Sembilan.

    Timbalan Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan Sahrizal Masrudin yang membuat laporan itu mendakwa cara pemindahan wang itu tidak melalui prosedur biasa.

    Beliau juga meragui sumber wang tunai RM10 juta, yang dimiliki Mohamad ketika baru empat tahun bertakhta sebagai menteri besar Negeri Sembilan.

    Pada lewat 2009, dakwaan Mat Hasan memindahkan wang tunai RM10 juta melalui seorang pengurup wang menjadi perhatian umum rentetan peristiwa pembatalan 20 lesen perniagaan pengurupan wang oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

    Ketika itu, beliau berjaya mengelak daripada menjawab polemik itu.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih