malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Putrajaya akan serah garis panduan pembalakan kepada k'jaan negeri
ADS

PARLIMEN | Kerajaan sudah menyiapkan garis panduan pembalakan di kawasan sensitif bagi menangani pembalakan tidak terkawal, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

"Garis panduan itu sudah sedia dan akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

"Garis panduan berkenaan yang dicadangkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah bagi memastikan tanah sensitif yang digunakan untuk pembalakan mematuhi garis panduan," katanya.

Xavier berkata, terpulang kepada kerajaan negeri untuk mematuhi garis panduan itu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab Mustapa Mohamed (PH-Jeli) yang menimbulkan kebimbangan berhubung pembalakan yang tidak terkawal di seluruh negara.

Mustapa bertanya tentang statususaha kerajaan menangani perkara itu.

Menurut Xavier, Jabatan Perhutanan hanya memberikan lesen pembalakan di 35,364 hektar pada 2017 dan 34,883 hektar pada 2018 di kawasan hutan simpal kekal.

Kerajaan juga membenarkan aktiviti pembalakan di 36,720 hektar tanah kerajaan dan swasta tahun lalu.

Lihat Komen