malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ismail Sabri kekal sebagai ketua pembangkang
ADS

Anggota Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ketua pembangkang walaupun Ahmad Zahid Hamidi telah kembali menyambung tugas sebagai presiden Umno, semalam.

“Saya telah mengambil keputusan bahawa persetujuan semua anggota parlimen pembangkang yang dulunya sewaktu saya bercuti telah meletakkan Ismail Sabri sebagai ketua pembangkang kekal,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan menamatkan cutinya daripada tugas Presiden sejak 18 Disember tahun lalu dan kembali menjalankan tugas presiden Umno.

'Kes mahkamah, biar saja hadapi sendiri'

Sementara itu mengulas keputusan Ahmad Zahid untuk kembali, beliau menegaskan 87 pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya tidak melibatkan parti.

Kata Ahmad Zahid, tuduhan-tuduhan tersebut sama sekali tidak menghalang beliau daripada kekal menjadi anggota parlimen Bagan Datuk dan presiden parti.

“Soal pertuduhan 87 yang dikenakan kepada saya, biar saya hadapi secara peribadi di mahkamah.

“Ia tak melibatkan Umno sebagai entiti politik. Saya serahkan kepada barisan peguam untuk uruskan.

“Tentunya pertuduhan itu tak halang saya jalankan tugas sebagai presiden Umno dan anggota parlimen,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid turut menyeru semua ahli Umno di cawangan dan bahagian untuk membuka lembaran baharu terhadap kepemimpinan parti.

“Saya seru rakan rakan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan, buang yang keruh ambil yang jernih.

“Ibarat biduk lalu kiambang bertaut,” katanya.

Lihat Komen