malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemandu rempuh demonstran Charlottesville dipenjara seumur hidup
ADS

GLOBAL | Seorang pemandu lelaki yang merempuh penunjuk perasaan yang berhimpun di Charlottesville, Virginia, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

James Alex Fields Jr yang mengaku bersalah terhadap 29 daripada 30 tuduhan melakukan jenayah kebencian.

Kejadian pada Ogos 2017 itu berlaku apabila tertuduh memandu kereta merempuh penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan, menyebabkan seorang wanita Heather Heyer, 32, maut dan mencederakan kira-kira 13 yang lain.

"Setiap hari saya memikirkan mengapa saya boleh melakukan perkara seperti itu. Saya menyesal dengan tindakan saya. Saya minta maaf," katanya di mahkamah, menurut akhbar Washington Post.

- Bernama

Lihat Komen