malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Siapa nak singkir saya, saya sumbat dalam penjara - Duterte
Diterbitkan:  Jun 28, 2019 4:49 PM
Dikemaskini: 9:23 AM
ADS

GLOBAL | Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengugut untuk menyumbat pihak pembangkang yang cuba menyingkirnya ke dalam penjara.

“Saya? Akan disingkirkan? Saya akan penjarakan mereka semua.

“Saya cabar kamu buat. Kamu betul-betul nak cuba saya? OK. Anak gampang.

“Buatlah. Sila, failkan (penyingkiran),” katanya kepada pemberita semalam, seperti dipetik Reuters.

Duterte dikatakan menyebelahi China dalam kejadian 9 Jun sebuah bot nelayan Filipina ditenggelamkan sebuah kapal China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Filipina.

Beliau dilaporkan berkata kejadian itu adalah kemalangan dan bukanlah disengajakan - senada seperti kenyataaan Beijing- dan turut memandang ringan kehadiran nelayan China di EEZ Filipina.

Katanya, dia mengizinkan kehadiran mereka di kawasan tersebut atas faktor “persahabatan”.

Beberapa pengkritik berprofil tinggi, termasuk hakim tertinggi dan bekas menteri luar, mendakwa Duterte telah melanggar perlembagaan dan layak untuk disingkirkan.

Satu laporan oleh Anggota Parlimen Asean Untuk Hak Asasi Manusia (APHR) mengkritik kenyataan Duterte itu dan menganggapnya sebagai ancaman satu bentuk retorik agresif, selain merupakan ugutan melampau terhadap pihak pembangkang.

Malah, mereka turut menyifatkannya sebagai tindakan yang “sengaja mahu mendiamkan pengkritik dan melemahkan langkah semak dan imbang”.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi PBB, Michelle Bachelet turut berpendapat terdapat risiko keganasan untuk penduduk Filipina yang menyuarakan pandangan mereka, yang dibuat secara terbuka oleh pegawai kerajaan.

Lihat Komen