Pengiklanan

    Ideas: PH tetapkan sasaran tak realistik dalam manifesto

    (Dikemaskini )

    PH menetapkan senarai sasaran yang tidak realistik selain menunjukkan kekurangan kesungguhan politik untuk memenuhi janji-janji pilihan raya dalam Buku Harapan, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea).

    Pengarah Penyelidikan Ideas, Laurence Todd, berkata melalui Projek Pantau yang dijalankan, badan itu meneliti 244 pecahan janji PH dan didapati hanya sedikit kemajuan dicapai dalam "matlamat tidak realistik"

    Pengarah penyelidikan idea Laurence Todd berkata pemantauan Projek Pantau pemikir 244 sub-janji terpilih mendapati sedikit kemajuan dibuat kepada sekitar 30 peratus daripada "matlamat tidak realistik" yang ada dalam bidang pendidikan, pembaharuan institusi dan ekonomi.

    "Salah satu janji mereka ialah mengurangkan tekanan yang disebabkan oleh peningkatan harga barangan.

    "Apabila PH mula berkuasa, harga barangan turun disebabkan tempoh pelepasan cukai (tax holiday) tetapi apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikuatkuasakan, harga naik semula dan berada dalam keadaan stabil.

    "Kami juga mendapati membangunkan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun adalah tidak realistik," katanya semasa melancarkan kad laporan kedua Projek Pantau di Kuala Lumpur hari ini.

    Menurut Todd, setakat ini kerajaan membina kira-kira 35,000 rumah mampu milih melalui Dasar Perumahan Negara dan ia jauh daripada 100,000 unit yang sepatutnya untuk membolehkan sasaran membina sejuta rumah seumpama itu direalisasikan dalam tempoh 10 tahun.

    Gaji minimum sama

    "Hal begitu juga terjadi kepada janji menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    "Menunaikan janji berkaitan PTPTN adalah cita-cita yang tidak realistik," katanya, merujuk kepada janji awal PH untuk menangguhkan pembayaran PTPTN bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

    Selepas setahun menjadi kerajaan, kata Todd, kerajaan wajar mengkaji semula beberapa janji tidak realistik mereka untuk mencapai kompromi dengan rakyat.

    Berkaitan kesungguhan politik, Todd menyentuh mengenai janji PH untuk melakukan pembaharuan institusi, termasuk memansuhkan undang-undang menekan seperti Akta Rahsia Rasmi.

    "Meningkatkan tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada piawaian antarabangsa, mengurangkan penggunaan undang-undang menindas dan mencapai semangat federalisme sejati - ini adalah perkara yang kita anggap dapat dicapai oleh kerajaan, tetapi kemudian mereka tidak mahu melakukannya," kata Todd.

    Ong Kian Ming

    Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming, dalam ucapannya selepas itu mengakui ada beberapa janji - termasuk penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN - dibuat tanpa mendapat gambaran penuh terhadap kemungkinan yang ada.

    Ong ialah antara pemimpin PH yang merangka kandungan Buku Harapan.

    Beliau juga mengakui realiti politik memaksa PH memungkiri sesetengah ikrar berkaitan isu kaum dan agama.

    "Sudah tentu anda semua sedar mengenai tindakan kerajaan menarik balik beberapa keputusan, terutama mengenai ratifikasi konvensyen PBB.

    "Ini adalah realiti politik yang lebih besar, pihak penentang menggunakan isu kaum dan agama untuk menyerang kerajaan," katanya merujuk kepada bantahan orang ramai terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

    Namun selain itu kad laporan Ideas itu juga menonjolkan beberapa pencapaian kerajaan, termasuk menangani peningkatan kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan majoriti rakyat.

    Salah satu kejayaan kerajaan, menurut Ideas, ialah menyamakan gaji minimum untuk Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih