malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kian Ming: Ambil alih tol dapat pastikan tempoh konsesi tak dilanjutkan
ADS

Langkah kerajaan untuk membeli empat lebuh raya dapat memastikan tempoh konsesi tidak dilanjutkan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Ong Kian Ming.

Jelas Ong, pelanjutan tempoh konsesi sering dibincangkan oleh kerajaan lama sebagai pampasan bagi kenaikan tol berjadual.

"Mereka (kerajaan terdahulu) tidak mahu membayar syarikat konsesi tol kerana tidak membenarkan kenaikan tol, dan sebagai pertukaran, mereka melanjutkan konsesi selama 10 hingga 15 tahun," katanya.

Ong menegaskan bahawa cadangan pengambilalihan itu akan dibiayai dari kutipan kutipan tol dan tidak akan memberi implikasi kos kepada kerajaan sekarang.

"Ini adalah satu contoh bagaimana kita melaksanakan janji-janji manifesto kita," katanya di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) pelancaran laporan kedua Projek Pantau di Kuala Lumpur hari ini.

Acara itu diadakan untuk membentangkan hasil inisiatif Ideas yang berterusan untuk memantau janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 Pakatan Harapan.

Empat lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Smart Tunnel (Smart).

Di bawah perjanjian konsesi semasa, Ong berkata pengguna jalan raya perlu membayar kadar tol yang lebih tinggi melainkan jika kerajaan meneruskan pengambilalihan yang dicadangkan.

"Kadar tol bagi LDP akan meningkat dari RM2.10 kepada RM3.10 di bawah perjanjian konsesi semasa.

"Bagi Sprint pula akan naik dari RM2 kepada RM2.50 untuk LDP; dan RM2.50 ke RM3.50 untuk Kerinchi Link; sementara untuk Penchala Link, kadar tol akan dinaikkan dari RM3 kepada RM5," katanya.

"Untuk tidak membiarkan kenaikan Daripada membenarkan ini berlaku, kerajaan mengambil wang (dari kutipan tol) untuk mengambil alih tol," katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan telah membuat tawaran RM6.2 bilion untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol, yang boleh menjimatkan pembayar cukai sebanyak RM5.3 bilion kepada syarikat konsesi.

Gamuda Bhd telah mengumumkan bahawa ia telah menerima tawaran yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) untuk membeli semua kepentingan ekuiti kumpulan dalam empat syarikat itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen