malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan umum 30 Julai cuti Hari Pertabalan Agong
Diterbitkan:  Jun 28, 2019 11:11 AM
Dikemaskini: 4:31 AM
ADS

Kerajaan mengumumkan 30 Julai sebagai cuti am tambahan sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Pengisytiharan cuti am tambahan itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," kata Ketua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar dalam kenyataan media hari ini.

Lihat Komen