malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tiga wajah baru sertai Suhakam
Diterbitkan:  Jun 26, 2019 6:32 PM
Dikemaskini: 10:32 AM
ADS

Tiga anggota baru dilantik menyertai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), yang kini akan diketuai oleh bekas pegawai kanan kerajaan, Othman Hashim.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata dua lagi muka baru itu adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Hishamudin Md Yunus dan tokoh akademik Madeline Berma.

Hakim Mah Weng Kwai, bekas pendidik Lok Yim Pheng, tokoh akademik Nik Salida Suhaila Nik Saleh, bekas pegawai kanan kerajaan, Godfrey Gregory Joitol dan aktivis Jerald Joseph, akan dilantik sepenggal lagi dan akan berkhidmat selama tiga tahun lagi

Pelantikan mereka berkuatkuasa pada 27 April, 2019.

Othman adalah tokoh diplomat kedua selepas Razali Ismail yang mengetuai Suhakam.

Beliau bersara sebagai ketua setiausaha Kementerian Luar pada 2016 dan pernah berkhidmat di Romania, Switzerland dan China.

Othman adalah duta Malaysia ke Republik Czech antara tahun 2002 dan 2005 sebelum kembali berkhidmat di kementerian luar di Putrajaya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen