malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PAS guna hukum agama untuk kepentingan politik - Asmuni
Diterbitkan:  Jun 25, 2019 5:47 PM
Dikemaskini: Jun 26, 2019 9:14 AM
ADS

Tindakan PAS yang secara terbuka menyatakan pendiriannya wajib menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), dilihat sebagai menggunakan hukum agama untuk kepentingan politik semata-mata.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata PAS sering mengeluarkan 'fatwa' baru bertujuan menjatuhkan parti lawan setiap kali mengadakan muktamar tahunan.

"Itulah sikap PAS yang gemar menjatuhkan 'hukum'. Dulu apabila mereka bergaduh dengan Umno digelarkannya Umno parti kafir, sekarang mereka mahu menjatuhkan PH pula.

"....mereka (pengikut) yang tidak mahir dalam agama (Islam) menganggap itu sebagai satu perintah kerana yang bercakap (mengeluarkan 'fatwa') itu memakai serban dan berjanggut, jadi pengikut mudah terpedaya," katanya.

Asmuni yang juga anggota Exco bagi Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri bercakap kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah peringkat negeri di Ipoh, hari ini.

Ahad lepas, Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Kuantan, Pahang menyatakan pendirian bahawa wajib hukumnya bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH.

- Bernama

Lihat Komen