malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
NGO lapor polis dakwa Lynas punca pencemaran air
Diterbitkan:  Jun 19, 2019 4:59 PM
Dikemaskini: 8:59 AM
ADS

NGO Selamatkan Malaysia, Tutup Lynas (SMSL) telah membuat satu laporan polis hari ini mendakwa kilang Lynas Malaysia bertanggungjawab terhadap pencemaran air bawah tanah di kawasan Gebeng, Kuantan

Mereka berkata hal ini berdasarkan data yang didedahkan di dalam jawatan kuasa eksekutif mengkaji Lynas yang diterbitkan bulan Disember 2018 melakukan ujian di antara 2016 ke 2018 serta semakan Jabatan Alam Sekitar dan ujian sampel air yang dibuat NGO tersebut sejak 2016.

"Oleh kerana pihak yang bertanggungjawab mengawal selia hal ini tidak mengambil sebarang tindakan dan telah memamerkan peraturan mereka sendiri walaupun data jelas menunjukkan perkara sebaliknya, kami tidak mempunyai pilihan selain untuk bertindak demi kepentingan negara dan masyarakat kami.

"Kami membuat laporan polis kerana kami telah menunggu lebih dari satu tahun sejak perubahan pemerintahan bagi membolehkan pihak berkuasa yang mengawal selia hal ini melaksanakan tugasnya untuk menguatkuasakan undang-undang.

"Sayang sekali, tidak ada perbaikan dalam Jabatan Alam Sekitar. Mereka tidak melakukan apa-apa untuk menyiasat pencemaran tersebut dan air kumbahan di bawah standard yang dilepaskan Lynas.

"Malahan mereka terus memuji Lynas di hadapan umum pada majlis forum awam atau melalui media, kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teet selepas membuat laporan polis hari ini di Kuantan.

Penasihat undang-undang SMSL, Hon Kai Ping menyatakan bahawa pencemaran air, termasuk air di bawah tanah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air.

Pencemaran air, kata Hon lagi adalah isu keselamatan negara dan pihak berkuasa wajib memberikan perhatian serius.

"Tidak ada industri atau perniagaan di mana saja di Malaysia ini boleh melarikan diri daripada bertanggungjawan dengan timbunan sisa buangan daripada kilangnya," kata SMSL.

Mereka mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan mengenai janji pilihan raya bahawa semua projek yang menjejaskan alam sekitar mesti menepati piawaian perlindungan alam sekitar yang paling tinggi dan berdasarkan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

SMSL memetik laporan jawatankuasa eksekutif mengkaji Lynas, yang mengatakan bahawa air bawah tanah di kawasan Gebeng di sekitar kilang Lynas telah tercemar dengan logam berat toksik seperti nikel, plumbum, kromium dan raksa.

Walau bagaimanapun, pada akhir bulan Mei tahun ini, Menteri Sumber Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata air bawah tanah di Gebeng tidak lagi tercemar dengan logam berat.

Walaupun pihak kementerian tersebut berkata sudah bersedia untuk menerbitkan hasil kajiannya, Jabatan Alam Sekitar masih belum memberi maklum balas terhadap pelbagai permintaan daripada Malaysiakini untuk mendapatkan data berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen