malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Op Selamat 15: Jumlah kemalangan dan kematian meningkat
Diterbitkan:  Jun 19, 2019 4:14 PM
Dikemaskini: 8:14 AM
ADS

Jumlah kemalangan dan kematian mencatatkan peningkatan pada Op Selamat tahun ini bermula 18 Mei hingga 12 Jun lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.

Beliau berkata sebanyak 24,461 kes kemalangan dilaporkan tahun ini berbanding Op Selamat pada tahun lepas iaitu sebanyak 22,411 kes.

“Sebanyak 24,461 kes kemalangan direkodkan berbanding 22,411 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas, mencatatkan peningkatan sebanyak 2,050 kes di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15 sempena Aidilfitri 2019 di Bukit Aman, di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya kes kemalangan maut direkodkan menurun sebanyak tiga kes tahun ini sebanyak 232 kes berbanding 235 kes tahun lepas.

Mazlan berkata jumlah kematian direkodkan meningkat sebanyak satu kes pada Op Selamat tahun ini mencatat sebanyak 249 kes berbanding 248 kes.

“Selain itu, jumlah saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Selamat kali ini mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 350,537 saman berbanding 343,863 saman tahun lepas,” katanya.

Katanya lagi pengguna motosikal adalah penyumbang utama bagi kes kematian iaitu sebanyak 158 individu diikuti kereta (60); lori (lima); basikal (empat) dan lain-lain (enam),” katanya.

Beliau berkata analisis terhadap Op Selamat tahun ini menunjukkan bahawa sikap kecuaian pemandu masih menjadi penyumbang tertinggi kes kemalangan.

- Bernama

Lihat Komen