malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri: Pengilang setuju tak naikkan harga simen
ADS

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail berkata pengilang bersetuju untuk tidak menaikkan harga bahan binaan itu selepas berbincang dengan kementerian.

Jelas Saifuddin, perbincangan berkenaan diadakan sejak dua hari lalu.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Saifuddin juga berkata pihak pengilang memaklumkan bahawa mereka terpaksa menaikkan harga sebelum ini kerana kenaikan kos.

Bagaimanapun, kata Saifuddin, kenaikan harga simen akan menjejaskan usaha PH untuk membina satu juta rumah mampu milik kerana simen merupakan bahan utama dalam projek perumahan.

"Kerajaan ingin menjadi pendengar yang baik. Mereka beri alasan mereka, (tapi) pada akhirnya kita terangkan pula (pandangan kerajaan).

"Kalau mereka teruskan ini (naikkan harga simen), ia akan memberi kesan kepada usaha kerajaan ke arah pelaksanaan rumah mampu milik," katanya.

Daripada perbincangan itu, kata Saifuddin, pemain industri bersetuju untuk tidak menaikkan harga.

Tambah Saifuddin, pemain industri juga bersetuju untuk maklumkan keputusan yang dicapai itu kepada pelanggan mereka.

Selain itu, katanya, pihak industri juga bersetuju bahawa sebarang rancangan untuk menaikkan harga selepas ini perlu dimaklumkan dan dipohon kepada kementerian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen