malaysiakini logo
story-image
ADS

* Seramai 721 perwakilan dari 161 kawasan di seluruh negara menghadiri Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-60 berlangsung di Bukit Gambang Resort City hari ini.

* Ucapan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berjaya menaikkan semangat perwakilan apabila ucapannya disambut enam kali takbir, termasuk tiga yang dipimpin Adun Batu Buruk itu semasa menamatkan ucapannya.

* Muktamar turut diserikan dengan kehadikan wakil pembangkang termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dan personaliti pendakwah terkenal, Firdaus Wong serta Zamri Vinoth.

* Beliau juga diberikan Anugerah Khas Tokoh Dakwah.

* Majlis perasmian juga diwarnai dengan persembahan bacaan sajak Demi Islam oleh peserta program realiti TV, PU Merico. Demi Islam ialah tema muktamar pemuda kali ini.

* Puisi juga mendapat tempat dalam ucapan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Memetik kata-kata bestari, anggota parlimen Kubang Kerian itu berkata: "yang menang menulis sejarah, yang kalah menulis puisi."

* Dalam sajak itu Merico menyifatkan 2015 sebagai tahun Allah "menapis darah-darah munafik" daripada PAS, manakala PRU ke-14 dianggap umat Islam hilang maruah kerana gejala LGBT, Syiah dan liberal berleluasa.

* Ketika salah satu rangkap sajak itu dibacakan Merico, layar di kiri dan kanan pentas memaparkan beberapa gambar pemimpin PH, termasuk Mohamad Sabu, Lim Kit Siang, Dr Mahathir Mohamad, Mujahid Yusof, Nurul Izzah Anwar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selain aktivis termasuk S Ambiga.

* Tidak ketinggalan juga dipaparkan salinan keratan akhbar mengenai pendirian MCA suatu ketika dulu. Memetik kenyataan presidennya semasa itu, Liow Tiong Lai, MCA berkata MCA tetap bertegas tidak menyokong RUU355.

* Pengacara majlis merujuk DAP sebagai "parti yang sangat kita musuhi" semasa mengendalikan acara perasmian pagi tadi.

Lihat Komen