malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zuraida label desakan undur Azmin sebagai ‘konyol’
ADS

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin terus membela Mohamed Azmin Ali yang terpalit dalam skandal video seks luar tabii dengan melabel pihak yang mahu timbalan presiden parti itu berundur supaya berehat sebagai “konyol”.

“Saya memandang desakan-desakan untuk Azmin melepaskan jawatan dan berehat adalah satu cadangan yang konyol.

“Saya ingat pemimpin yang buat kenyataan sebegitu harus lebih waras,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan konyol sebagai kurang sempurna (siuman) otaknya, bodoh, tidak sopan.

Semalam setiausaha politik presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam satu kenyataan meminta Azmin meletakkan jawatan sekiranya melakukan kesalahan berhubung isu klip video seks yang dikaitkan dengannya.

Farhash yang juga merupakan pengerusi PKR Perak berkata demikian semalam ketika menafikan penglibatannya dalam isu berkenaan.

Nama Farhash terheret dalam isu sensasi itu selepas dia dituduh terlibat menjadi dalang di sebalik isu berkenaan dalam apa yang didakwa sebagai kempen menentang Azmin.

Masing-masing Anwar dan Farhash menafikan penglibatan dalam isu klip video seks itu.

Bagaimanapun Anwar dalam kenyataan balasnya tidak bersetuju dengan tindakan Farhash.

Mengulas mengenai dakwaan Azmin bahawa beliau yakin konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkannya melalui penyebaran beberapa klip video seks, dilakukan ‘orang dalam’, Zuraida berkata, biar polis menjalankan siasatan.

“Kalau Azmin yang dianggap pesalah tetapi menafikan pembabitan beliau, maka kita serah kepada polis untuk siasat,” katanya.

Lihat Komen