malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Penulis Turki kritik Dr M atas ucapan terhadap orang Yahudi
Diterbitkan:  Jun 19, 2019 1:02 PM
Dikemaskini: 5:02 AM
ADS

Pengarang dan wartawan Turki terkenal, Mustafa Akyol mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan dibuat terhadap kaum Yahudi semasa berucap di United Kingdom baru-baru ini.

Mahathir membuat kenyataan itu di Cambridge Union pada Ahad lalu, antara lain mengatakan beliau hanya mengenali orang Yahudi yang terdiri daripada rakan-rakannya kerana mereka 'tidak seperti orang Yahudi' yang lain.

"Bayangkan sekiranya ahli politik bukan Islam berkata demikian. Kita umat Islam akan merasa ia sikap yang tidak hormat.

"Jadi, Perdana Menteri Malaysia juga sama menunjukkan sikap tidak hormatnya," kata Mustafa pada Selasa ketika berkongsi ciapan Kesatuan Pelajar Yahudi (UJS).

Dalam klip video pendek yang dimuat naik di Twitter UJS, Mahathir didengar berkata, "Saya mempunyai beberapa kawan Yahudi, sahabat baik, mereka tidak seperti orang Yahudi yang lain, itulah sebabnya mereka kawan saya."

Perdana Menteri membuat komen tersebut sebagai respon kepada soalan hos dan moderator yang meminta penjelasan berhubung kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan orang Yahudi "cenderung ke arah wang".

Beliau juga dilaporkan berkata pada hari itu: "Orang-orang Yahudi melakukan banyak perkara yang salah, yang memaksa kita untuk memberi komen.

Mahathir kemudiannya dipetik mempertahankan pendapatnya sebelum ini mengenai orang Yahudi, dengan berkata:

"Orang membuat generalisasi, dalam menggambarkan orang tertentu kita biasanya ambil beberapa ciri umum yang mereka miliki. Mengapa orang-orang Yahudi marah sedangkan orang lain tidak marah apabila dituduh dengan beberapa ciri umum yang mereka ada?"

Beliau juga mengulangi dakwaannya bahawa orang-orang Yahudi juga menggelarkan orang Melayu sebagai "malas".

Menerusi Twitter, UJS menulis "Kebebasan bersuara bukanlah jenaka apabila ia menanam kebencian terhadap seseorang."

[Baca berita penuh]


Lihat Komen