malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ranking UM naik di kedudukan ke-70 dunia
Diterbitkan:  Jun 19, 2019 9:56 AM
Dikemaskini: 3:06 AM
ADS

Universiti Malaya (UM) mencapai ranking tertinggi sejak 2012 menjadikannya berada di tempat ke-70 dalam senarai yang diterbitkan oleh QS World University Rankings.

Kedudukan UM melonjak sehingga 17 tempat dari tahun lepas yang pada masa itu berada di kedudukan ke-87.

UM memperoleh skor keseluruhan 67.1 mengambil kira enam kriteria: reputasi akademik, reputasi majikan, pelajar fakulti, penulisan ilmiah fakulti, fakulti antarabangsa dan pelajar antarabangsa.

Universiti itu berada pada ranking ke-167 pada 2014 dan sejak itu menaiki carta secara konsisten.

Universiti yang mencatatkan ranking kedua tertinggi di peringkat universiti di Malaysia ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu di tempat ke-159.

Menurut QS, keputusan itu berdasarkan analisis ke atas 94,000 ahli akademik dan 44,000 pengurus penggajian, 11.8 juta kertas ilmiah, 100 juta penyelidikan dan 23 juta pelajar dan hampir dua juta fakulti.

Senarai tahun ini menyaksikan Massachusetts Institite of Technology (MIT) menduduki kedudukan teratas dan berada di kedudukan itu secara konsisten sejak 2012.

Lihat Komen