Pengiklanan

    Selepas penafian Azmin, 'bahagian 2' klip video seks disebar

    (Dikemaskini )

    Pihak yang tidak dikenali menyebarkan satu lagi klip video skandal seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, petang tadi.

    Klip sepanjang kira-kira 90 saat itu kelihatan dirakam dalam bilik sama dan memaparkan dua lelaki sama seperti dalam tiga video lebih awal dan ditularkan sejak petang Selasa.

    Penyebaran video terbaru itu juga menggunakan modus operasi sama, iaitu pihak yang berkenaan membuat kumpulan WhatsApp dan menjemput wartawan serta pemimpin tertentu PKR.

    Sesetengah kumpulan tersebut dipercayai menggunakan nama samaran untuk melindungi identiti mereka, dan memilih nama seperti Najib Razak sebagai pengasasnya.

    Bekas perdana menteri, Najib, yang ditanya mengenai hal itu menafikan terlibat atau ada sebarang peranan di sebalik kumpulan tersebut.

    Secara keseluruhan Malaysiakini mendapat ada sekurang-kurangnya lima kumpulan WhatsApp seumpama itu dibuka dengan nombor berbeza, tetapi semuanya bermula dengan "011".

    Ia juga dipercayai wujud serentak kira-kira jam 6.55 petang tadi.

    Dakwa tak layak jadi pemimpin

    Klip video berkenaan berakhir dengan paparan teks mendakwa kejadian itu berlaku di Hotel Four Point, Sandakan di antara jam 1 pagi dan 2 pagi pada 11 Mei lalu.

    Kumpulan WhatsApp dinamakan "Azmin Ali Part 2/4," membayangkan pihak yang terbabit sedang merancang untuk menyebarkan lebih banyak video mengenai kejadian itu.

    Azmin yang juga timbalan presiden PKR petang tadi menafikan sekeras-kerasnya dia adalah orang yang dirakam bercumbu di bilik hotel tersebut.

    Menurut Azmin pendedahan itu adalah komplot yang dirancang untuk merosakkan reputasi serta kerjaya politiknya.

    Awal pagi tadi Haziq Abdullah Abdul Aziz, 27, membuat pengakuan bersumpah bahawa dia adalah lelaki yang dirakam dalam klip video berkenaan.

    Ketua Pemuda PKR Santubong itu juga mendakwa seorang lagi lelaki yang ada dalam rakaman tersebut ialah Azmin.

    Mendakwa Azmin bukan orang yang layak menjadi pemimpin, Haziq kemudian mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas menteri berkenaan.

    [Baca berita penuh]

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih