malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘AS$741,440 buat menteri’: UEM kata tiada akaun dengan Maybank KL
Diterbitkan:  Jun 12, 2019 6:56 PM
Dikemaskini: 3:07 PM
ADS

Konglomerat Kumpulan UEM Bhd menafikan sebarang kaitan bahawa sekeping gambar yang disebarkan secara meluas yang memberi bayangan bahawa ia membuat bayaran kepada seorang ahli politik PKR.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ia tidak mempunyai sebarang akaun dengan cawangan utama Maybank Kuala Lumpur atau akaun dengan nombor yang tertera di dalam gambar itu.

Syarikat itu berkata ia telah membuat laporan polis dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membersihkan namanya.

UEM Group dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Bhd.

Gambar yang dikongsi secara meluas itu memberi bayangan ia adalah resit pemindahan bank, yang dibuat oleh syarikat itu yang memindahkan AS$ 741,440 (kira-kira RM3 juta pada kadar hari ini) pada 19 Disember 2017 ke akaun bank Switzerland yang dimiliki oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Cubaan Malaysiakini untuk memindahkan sejumlah kecil wang ke akaun bank Kumpulan UEM yang dikatakan itu juga tidak berjaya kerana nombor yang dinyatakan dalam gambar itu mempunyai angka tambahan.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, imej itu dikongsi bersama dengan tiga klip video yang kononnya menggambarkan Azmin dan Muhammad Haziq Abdul Aziz sedang bersama tanpa sebarang pakaian di atas ranjang.

Haziq mendakwa video itu dirakam pada 11 Mei tanpa persetujuannya.

Beliau juga menuntut pihak berkuasa menyiasat Azmin kerana rasuah.

Azmin sebelum itu menafikan dirinya terbabit dalam video lucah berkenaan yang menurutnya sebagai tuduhan jahat dan kejam yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen