malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Polis sahkan Bukit Aman sedang siasat kes 'video seks' menteri
ADS

Pihak polis berkata sedang menjalankan siasatan terhadap suatu laporan yang dibuat mengenai video seks yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa seorang menteri.

Laporan itu dibuat semalam di ibu pejabat polis Putrajaya oleh individu yang dipercayai Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Lokman memberitahu telah membuat laporan di ibu pejabat polis Putrajaya

"Ia sudah berada di bawah siasatan polis Kajang.

“Saya nyatakan dalam laporan bahawa saya melihat klip itu semasa berada di tempat tersebut (di Kajang),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tanpa menamakan pengadu, Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin mengesahkan polis telah menerima laporan yang difailkan seorang individu mengenai klip video seks.

“Laporan itu telah dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Malaysiakini menerusi aplikasi ringkas hari ini.

Lokman menggesa tindakan diambil terhadap menteri terbabit.

Ini kerana menteri itu didakwa melakukan transaksi wang yang mencurigakan ke dalam akaun bank luar negeri miliknya.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador untuk mendapatkan penjelasan mengenai siasatan kes tersebut.

Awal pagi ini, Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan bersumpah mendakwa dirinya merupakan salah seorang individu dalam video seks terbabit.

Video pengakuan tersebut telah disiar melalui akaun Facebook miliknya.

Haziq ialah setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketika dihubungi, jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ditanya sekiranya ia sudah memulakan siasatan terhadap video tular itu dan menjawab: "Belum lagi."

Semalam, Malaysiakini melaporkan klip video tersebut secara sistematik telah dihantar kepada pengamal media dan anggota parti politik.

Wartawan dijemput menyertai beberapa kumpulan WhatsApp dan video itu dikongsikan.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.

Semalam, Lokman juga membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya terhadap menteri yang didakwa dipaparkan dalam klip videp tersebut.

Lokman mendakwa terdapat transaksi wang yang meragukan berjumlah jutaan ringgit di dalam akaun di negara asing di bawah nama menteri itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen