Pengiklanan

    Video seks: PKR anjur solat hajat, tolak fitnah di rumah MB S'gor

    (Dikemaskini )

    PKR sedang menggerakkan penyokong parti itu supaya menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yaasin menolak fitnah di kediaman Menteri Besar Selangor malam ini berikutan penularan sebuah video seks aksi atas ranjang yang mensasarkan seorang menteri kabinet parti tersebut.

    Ini susulan serangan ke atas menteri itu semakin memuncak selepas Haziq Abdullah Abdul Aziz, iaitu Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia adalah lelaki bersama menteri kabinet itu.

    Dalam pekeliling yang diedarkan kepada seluruh kepimpinan, penggerak, anggota dan pendukung PKR, mereka diminta untuk berkumpul di kediaman Menteri Besar Selangor.

    “Bermula jam 7 malam (dengan) solat Maghrib berjemaah.

    “Tempat: Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Bukit Megawati, Seksyen 7, Shah Alam,” kata mesej yang dihantar oleh Timbalan Ketua Pemuda PKR, Hilman Idham.

    Pada awal pagi 11 Jun, video seks atas ranjang itu diedarkan secara sistematik apabila wartawan dan ahli PKR dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak diketahui dan klip video tersebut dikongsikan di situ.

    Video seks, dalam tiga bahagian itu, kemudiannya dikongsi bersama dengan dokumen-dokumen bank yang konon menunjukkan pembayaran kepada menteri itu.

    Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.

    Awal pagi ini, Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz, dalam sebuah rakaman video membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama seorang menteri kabinet itu.

    Haziq mendakwa kejadian berlaku pada 11 Mei lalu semasa pilihan raya kecil Sandakan di bilik menteri berkenaan di sebuah hotel di Sandakan.

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih