malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Politik kotor tak untungkan negara, kata PKR
Diterbitkan:  Jun 12, 2019 12:01 PM
Dikemaskini: 4:01 AM
ADS

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa gaya politik kotor tidak membawa keuntungan kepada masyarakat dan negara.

Kenyataan itu dikeluarkan Haziq Abdullah Abdul Aziz, setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin, mengaku beliau terlibat dalam video seks dengan seorang menteri.

“PKR tegas dan konsisten menolak sebarang bentuk permainan politik kotor.

“Terutamanya apabila kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) telah dipilih oleh rakyat atas semangat agenda reformasi untuk membantu rakyat dan membangunkan negara,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Haziq Abdullah Abdul Aziz

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu menggesa agar penyebaran video lucah itu dihentikan serta-merta.

Klip video memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan intim, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai seorang menteri kabinet.

Sekitar 1.25 pagi semalam, beberapa wartawan Malaysiakini dijemput menyertai dua kumpulan WhatsApp dinamakan “Jemputan Hari Raya ###” di mana tiga klip video tersebut dikongsikan.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.

Awal pagi ini, Haziq membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut.

Dia mendakwa kejadian itu berlaku pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah dan video itu dirakam tanpa kebenarannya

Lihat Komen