malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Video 'intim' - saya tidak tahu apa pun, kata PM
Diterbitkan:  Jun 11, 2019 1:25 PM
Dikemaskini: 7:53 AM
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak mengetahui mengenai penyebaran mengenai beberapa keping gambar dan video ‘intim sejenis’ yang didakwa mirip seorang menteri kabinetnya yang tersebar hari ini.

"Saya tak tahu apa pun, saya baru dengar, saya kena bacalah dulu.

"Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar dan video berkenaan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.

Beberapa wartawan Malaysiakini hari ini dijemput menyertai dua kumpulan WhatsApp berkenaan di mana klip video tersebut dikongsikan.

Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.

[Baca berita berkaitan]

Lihat Komen