malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kit Siang gesa SPRM supaya tidak lepaskan sebarang 'jerung'
Diterbitkan:  Jun 11, 2019 1:12 PM
Dikemaskini: 5:12 AM
ADS

Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa SPRM supaya tidak melepaskan sebarang 'jerung' daripada dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata walaupun mereka mungkin sibuk dengan pelbagai kes, namun pendakwaan harus diteruskan.

"Tidak ada pemimpin tertinggi yang harus diselamatkan dari siasatan rasuah dan pendakwaan.

"Sekalipun SPRM tidak dapat membentangkan kes pemimpin-pemimpin tertentu lalu kerana sibuk berurusan dengan kes kleptokrat dan 'jerung' lain, tidak ada ‘jerung’ yang harus diselamatkan daripada dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam, bahawa kerajaan tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk mengejar setiap pemimpin dalam kerajaan lalu yang disyaki melakukan salah laku.

Pemimpin supremo DAP itu berkata mengheret "jerung" ke muka pengadilan akan menjadi cabaran terbesar ketua pesuruhjaya baru, SPRM Latheefa Koya dalam dua tahun akan datang.

Sebelum ini, beliau mencadangkan siasatan rasuah juga dijalankan ke atas bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali; bekas menteri di jabatan perdana menteri, Abdul Rahman Dahlan; bekas ketua setiausaha negara, Ali Hamsa dan bekas ketua pengarah jabatan perkhidmatan awam, Mohamad Zabidi Zainal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen