malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Wakil rakyat PKR sokong petisyen desak Latheefa undur
ADS

Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew menyertai lebih 1,000 orang menandatangani sebuah petisyen dalam talian, yang mendesak supaya peguam  Latheefa Koya berundur daripada jawatan ketua pesuruhjaya SPRM.

Petisyen itu anjuran Change.org bermula semalam. Petisyen itu turut dikongsi oleh Dr Tan di facebook miliknya.

Bercakap dengan Malaysiakini kemudiannya, Dr Tan menggesa penyokong Pakatan Harapan dan orang ramai supaya menandatangani petisyen itu sebagai isyarat pendirian tegas.

"Ini tidak ada kaitan dengan integriti dan keupayaan Latheefa. Dia bersama kami (PKR) selama dua dekad untuk meneruskan pembaharuan institusi.

"Tetapi lantikannya sendiri bertentangan dengan pembaharuan institusi yang kami ditolak," katanya, sambil menambah bahawa Latheefa sendiri telah mengkhianati perjuangan mereka.

Latheefa dilantik sebagai KP SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu, menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatan beliau.

Pelantikannya diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri, sebelum Aidilfitri.

Latheefa sebelum ini melepaskan keanggotaannya dalam PKR selepas mendapat makluman mengenai pelantikannya itu. Namun ini tidak menghalang pelbagai pihak untuk terus membidas pelantikan satu pihak berkenaan.

Ramai yang mempersoalkan sama ada beliau mampu bertindak dengan tidak memihak ataupun berkecuali.

Tidak kurang juga mempertikaikan pelantikannya yang melangkaui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai lantikan awam yang dibentuk oleh kerajaan baru Pakatan Harapan yang bertujuan mengurangkan campur tangan perdana menteri dalam lantikan jawatan utama, termasuk dalam SPRM. Jawatankuasa itu adalah sebahagian daripada manifesto pilihan raya mereka.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, pada Selasa lalu Mahathir mengakui bahawa beliau melantik Latheefa tanpa membincangkan perkara itu dengan kabinet kerana tidak mahu keputusan itu mengikat dirinya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen