malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Sisa Lynas: Pendirian kami tak berganjak - Menteri Australia
Diterbitkan:  Jun 5, 2019 9:05 PM
Dikemaskini: 1:08 PM
ADS

Negara ini tidak akan mengambil sisa dari mana-mana pun, kata Bill Johnston menjelang pertemuan dengan menteri alam sekitar Yeo Bee Yin yang dijadualkan hujung bulan ini.

Menteri Petroleum dan Perlombongan Australia Barat Bill Johnston berkata kerajaannya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk enggan menerima sisa daripada kilang pemprosesan nadir bumi Lynas dari Kuantan.

Johnston dijadualkan bertemu Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin pada hujung bulan ini.

Yeo berharap Australia akan mengambil semula sisa buangan yang merupakan hasil sampingan daripada pemprosesan bahan nadir bumi yang dilombong di Gunung Weld di Australia Barat.

Walau bagaimanapun, kenyataan Johnston ini nampaknya menyulitkan Yeo yang akan menghadapi pertempuran yang sukar apabila mereka bertemu pada 20 Jun ini.

"Mereka telah meminta untuk mengadakan mesyuarat itu, hal tersebut terpulang kepada mereka.

"Pendiran kami sangat jelas. Kami tidak akan mengambil sisa yang diproses dari mana-mana pun di dunia ini.

"Kami adalah pengeksport bahan mentah secara besar-besaran dan apabila ia diproses di luar negara, ia perlu ditangani di luar negara," tegasnya, petik laporan Australian Financial Review.

Lynas, yang menghadapi tekanan dari Putrajaya, kini sedang berkira-kira untuk memproses nadir bumi yang dilombong di Gunung Weld secara tempatan sebelum mengeksportnya ke Malaysia bagi proses selanjutnya.

Ini akan menghalang lebih banyak timbunan sisa di kilang Lynas di Kuantan.

Walau bagaimanapun, ia masih perlu menangani sisa sedia ada yang menimbun di kilangnya di Kuantan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen