malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Harapan rakyat di hari raya: Penyatuan, ekonomi tambah baik
ADS

Lebih 35,000 orang mengunjungi kediaman rasmi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya bagi sambutan Hari Terbuka Hari Raya hari ini.

Hadirin kelihatan cukup majmuk, dengan penduduk tempatan, pelancong dan pekerja asing beratur selama berjam-jam di bawah matahari panas untuk memasuki ke majlis tersebut.

Hadirin kali ini jauh lebih kecil berbanding tahun lepas, dengan anggaran kira-kira 80,000 orang.

Walaupun selepas hujan, orang ramai terus berpusu-pusu menikmati juadah percuma serta peluang untuk berjabat tangan dengan Dr Mahathir dan menteri kabinetnya.

Ditemui ketika sedang beratur, pakar kardiologi Dr Peter Jesudason memberitahu Malaysiakini beliau memutuskan untuk hadir majlis itu kerana mahu bertemu dengan Dr Mahathir, yang digelarnya seorang "wira" yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 tahun pada 2018.

Peter (gambar, bawah) berkata kehadirannya juga merupakan suatu pernyataan menyokong Malaysia yang lebih pelbagai, bersatu-padu dan adil.

"Ada orang dalam kerajaan hari ini yang sedang menari mengikut rentak lagu yang dipalu golongan pelampau sayap kanan.

"Lebih banyak cubaan menarik kami mundur ke belakang, (maka) lebih ramai rakyat Malaysia perlu menyatakan pendirian mereka, iaitu kami mahukan Malaysia yang beradab dan demokratik di mana semua kaum menikmati kebebasan," katanya.

Sentimen ini dikongsi seorang ahli perniagaan T Ravindran yang datang bersama keluarganya dari Kuala Lumpur hari ini.

"Selepas PH mengambil alih, terdapat orang yang menciptakan isu-isu perkauman. Jika ini berlarutan rakyat akan bergaduh," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui.

Bagaimanapun Ravindran kekal positif dengan kerajaan baru menggesa para pengritik untuk memberikan PH masa sesuai mandatnya.

Sementara itu, bagi warga Sabah Musbir Herman (gambar pertama pada judul berita) yang bekerja sebagai pegawai penjara di Kajang berharap kerajaan PH akan menumpukan usaha memperbaiki ekonomi.

"Ekonomi sepatutnya lebih baik lagi. Dan saya harap mereka akan menunaikan janji di dalam manifesto pilihan raya.

"Mereka perlu fokus kepada kos sara hidup, ini yang memberikan kesan terhadap kehidupan rakyat," katanya yang ditemui bersama isteri dan anak kecil pasangan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen