Pengiklanan

    HRW: Jho Low ‘hiprokit’ cabul hak asasi semasa pentadbiran Najib

    (Dikemaskini )

    Badan hak asasi manusia The Human Rights Watch "sangat kecewa" dengan ahli perniagaan, Jho Low yang mengheret organisasi tersebut untuk menjustifikasi hujahan beliau terhadap Perdana Menteri Dr Mahahir Mohamad.

    Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson berkata bahawa Low yang kini menjadi buruan pihak berkuasa merupakan seorang hipokrit kerana beliau sendiri mendapat manfaat hasil mencabuli hak asasi manusia semasa pentadbiran Najib Razak.

    "Tidak siapa yang sepatutnya lupa bahawa Low 'sangat mesra' dengan bekas perdana menteri Najib dan menyalahgunakan hak kerajaan menuduh sesiapa di bawah hasutan kerana berani menyatakan apa yang diketahui sebagai benar - bahawa 1MDB adalah "medan" rompakan oleh Najib dan kroninya.

    "Kebenarannya, Low gembira melanggar hak asasi ketika ia memihak kepentingan peribadinya, jadi dia seorang hipokrit dengan mengunakan hujahan sekarang," kata Robertson kepada Malaysiakini menerusi e-mel.

    Semasa pentadbiran Najib, siasatan di bawah hasutan dibuka terhadap mereka yang mengkritik bekas perdana menteri itu.

    Bekas menteri kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadzlah juga disiasat di bawah Akta Hasutan kerana membangkitkan skandal 1MDB di parlimen.

    Robertson berkata demikian ketika mengulas surat terbuka Low yang mendakwa bahawa pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir ohamad menjadikan keluarganya sebagai mangsa dan menafikan hak asasi mereka.

    Ini adalah susulan usaha Putrajaya untuk merampas rumah keluarga Low di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Katanya, rumah itu dibeli sebelum skandal 1MDB.

    Robertson sebelum ini tmengkritik kerajaan yang menarik diri dari Statut Rom anjuran Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

    Dalam e-melnya hari ini, beliau sekali lagi mengulangi Pakatan Harapan untuk memenuhi janji-janjinya untuk menunaikan hak asasi manusia.

    "Kerajaan Harapan perlu menanda tangan semula Statut Rom dan menyertai mahkamah jenayah antarabangsa, bagi meratifikasi perjanjian hak asasi manusia PBB seperti yang dijanjikan, dan memenuhi janji-janji berkaitan hak asasi manusia lain dalam manifesto pilihan raya mereka.

    "Dengan itu, orang seperti Jho Low tidak akan ada ruang untuk kritik kerajaan di bawah alasan hak asasi," kata beliau.

    Jabatan Keadailan (DOJ) Amerika Syarikat percaya bahawa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dicuri daripada 1MDB.

    Low, dituduh sebagai dalang yang menyelewengkan wang dari dana firma pelaburan negara itu .

    Low telah dituduh di kedua-dua, Amerika Syarikat dan Malaysia tanpa kehadirannya. Beliau enggan pulang ke Malaysia, atas alasan bahawa dia tidak akan mendapat perbicaraan yang adil. Usahawan kelahiran Pulau Pinang itu juga melarikan dirinya daripada pihak berkuasa AS.

    Bekas perdana menteri Najib Razak kini menghadapi perbicaraan untuk 42 tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram, dan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan skandal 1MDB.

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih