malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saya akan sentiasa ikut nasihat mufti negeri - Chris Lee
ADS

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus Chris Lee Chun Kit, yang terpalit kontroversi pengagihan bantuan zakat akhirnya membuka mulut.

Lee berkata beliau sebelum ini berdiam diri kerana tidak mahu memecahbelahkan rakyat Malaysia dalam isu itu.

“Orang sebegini mencari salah dari perbezaan kita, bukan hendak mempromosikan nilai-nilai bersama rakyat Malaysia yang menyatupadukan kita,” kata Lee kepada Malaysiakini.

“Saya juga menyerahkan tafsiran yang betul dan salah kepada pihak berkuasa agama untuk menjelaskannya.

“Sekarang Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor sudah menjelaskannya, saya hormat sepenuhnya pada penjelasan beliau,” kata Lee.

Dr Wan Salim berkata, berdasarkan fikah, harus untuk orang bukan Islam diwakilkan dalam hal berkaitan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah.

Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum itu membidas tindakan Lee mengagihkan zakat di kawasannya di Pulau Pinang.

Zahid menyifatkan perkara itu sebagai lakonan kerana zakat adalah urusan umat Islam dan tiada kena mengena dengan golongan bukan Islam.

Semakan Malaysiakini mendapati status itu tiada lagi di Facebook Lee.

Pemuda PAS turut menyelar tindakan Lee itu.

'Pecah dan perintah'

Sementara itu, Lee juga mendakwa seseteh pemimpin pembangkang cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan mengetengahkan perkara sensitif dalam agama.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pecah dan perintah.

“Kenapa pemimpin pembangkang tidak mengetengahkan pendidikan dan pemahaman tentang perbezaan antara satu sama lain?” katanya.

Lee berkata akan terus menjalankan tanggungjawabnya selari dengan pandangan mufti negeri dan pihak berkuasa agama dalam isu sensitif berkaitan agama.

“Saya hormat kepercayaan Islam dan pemimpinnya dan saya akan sentiasa dapatkan nasihat mereka apabila penjelasan diperlukan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen