malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jho Low kecam proses lucut hak rumah keluarga di PP
Diterbitkan:  May 31, 2019 12:06 AM
Dikemaskini: 4:06 PM
ADS

Ahli perniagaan buruan polis, Low Taek Jho, mengecam tindakan pihak berkuasa negara ini melucut hak rumah keluarganya di Jalan Tanjong Bungah, Pulau Pinang, dan menegaskan hartanah itu diperolehi sebelum skandal 1MDB berlaku.

"Ibu bapa saya bertungkus-lumus selama berdekad-dekad untuk menyediakan kemudahan yang selamat dan selesa kepada anak-anak mereka.

"Sebelumsaya lahir, ibu saya menikmati kejayaan dalam pelaburannya.

"Terima kasih atas keputusan bijak yang mereka tidak hanya mampu membeli dan membina rumah bernombor 69 di Taman Bunga Tanjong, tetapi juga sumbangan dan sokongan mereka selama berpuluh tahun kepada penduduk setempat, sama seperti apa yang dilakukan mendiang datuk saya," katanya dalam satu surat terbuka hari ini.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Jho Low menambah rumah yang terlibat dalam proses lucut hak itu jelas dibuat lebih 10 tahun sebelum 1MDB wujud.

Justeru kata Jho Low, melucukan apabila kerajaan Malaysia cuba untuk "merampas" rumah keluarganya melalui "bukti palsu dan direka" untuk menunjukkan bangunan terbabit ada kaitan dengan skandal 1MDB.

Katanya memang jelas kerajaan sentiasa mahu mendapatkan "keuntungan politik" dengan menjadikan dirinya dan keluarganya sebagai sasaran melalui apa juga cara, termasuk melalui kempen media di peringkat global untuk menunjukkan mereka bersalah.

Tindakan itu, kata Jho Low, dibuat untuk memberi tekanan kepada dia dan keluarganya tanpa mempedulikan undang-undang atau asas hak asasi manusia.

"Melalui cubaan merampas rumah keluarga saya yang telah dibina beberapa dekad sebelum 1MDB, rejim itu mahu menjadikannya dendam peribadi dengan menyasarkan seluruh keluarga saya, dan sebagai akibatnya ia menjejaskan keselamatan mereka.

"Tingkah laku sebegini oleh rejim Mahathir terus merosakkan reputasi Malaysia di peringkat dalam dan luar negara, serta menjadi bukti tambahan mengenai kegagalan mereka memberikan perbicaraan yang adil (kepada saya) di bawah rejim ini," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen