malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kes Shafee hina mahkamah: Peguam adu rasa tak senang pada hakim
Diterbitkan:  May 27, 2019 6:15 PM
Dikemaskini: 10:20 AM
ADS

Peguam yang mewakili Muhammad Shafee Abdullah dalam kes menghina mahkamah menyatakan rasa tidak senangnya terhadap suatu laporan media yang menyatakan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menegur salah seorang peguam kanan persekutuan kerana lambat memfailkan serahan pada minggu lalu.

David Mathews memberitahu Hakim Mohd Firuz Jaffril semasa pendengaran petang ini mengenai permohonan peguam veteran Shafee untuk mengetepikan keizinan mahkamah untuk meneruskan prosiding menghina mahkamah yang diperoleh melalui sidang ex parte (tanpa kehadiran parti yang menentang).

"Saya tidak fikir bahawa ia (laporan media tersebut merupakan penciptaan semula kenyataan hakim yang tepat) pada hari itu.

"Yang arif mengambil perhatian terhadap serahan.

"Saya merasa terpanggil untuk mengatakan hal ini kerana ia menggambarkan rakan saya yang bijaksana (Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan) dalam keadaan tidak baik.

Shamsul Bolhassan

"Saya juga merasa terpanggil untuk mempertahankan beliau. Saya fikir tidak adil kerana beliau seorang yang dihormati jadi tidak adil untuk menggambarkan beliau sedemikian.

"Diharapkan pihak media akan berhati-hati dalam memilih kata-katanya pada masa hadapan," luah Mathews kepada Firuz.

Hakim itu kemudiannya berkata: "Sekiranya apa yang saya katakan (pada minggu lalu) menyebabkan kamu (Shamsul) dalam kesusahan, ia bukan lah niat saya," maklum Firuz.

Shamsul mewakili Pejabat Peguam Negara yang sebelum ini mendapat izin hakim untuk meneruskan prosiding menghina mahkamah terhadap Shafee.

Pada 23 Mei, dilaporkan Shamsul ditegur kerana lambat memfailkan serahan dalam kes Shafee menghina mahkamah ini.

Firuz dilaporkan berkata kepada Shamsul: "Saya minta kamu menyerahkan hujahan bertulis pada 17 Mei tetapi kamu hanya memfailkannya malam tadi pada 11.33 malam, saya nampak.

"Walaupun saya suka membaca hujahan sebelum tidur, jika kita teruskan, ini tidak baik kepada pihak kamu.

"Saya telah baca hujahan David Matthew (peguam Shafee) tetapi saya belum ada peluang untuk membaca hujahan kamu."

David Matthews

Hakim kemudian mencadangkan supaya kes itu ditangguhkan sehingga jam 3 petang pada 23 Mei lalu setelah kedua-dua pihak bersetuju.

Pada 1 Mac lalu, Peguam Negara Tommy Thomas telah diberi kebenaran untuk merujuk Shafee atas tuduhan menghina mahkamah atas komen-komennya di video KiniTV yang bertajuk "Shafee: This is completely bonkers".

Peguam yang mewakili Najib Razak dalam kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB itu membuat ulasan berkenaan selepas bekas perdana menteri itu diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram pada 7 Feb.

Dalam video tersebut, antaranya Shafee dirakamkan sebagai berkata:

“[...] But we think our case is very good. Ok? If you leave the judge alone, do not influence the judge, if the judge is straight, if witnesses are not coached and not fabricated evidence, we should win. Ok?

Much to our surprise. My opinion is we should win. Ok? Alright."

Terjemahannya:

"[...] Tetapi kita fikir kes kita sangat baik. Ok? Jika kamu tidak ganggu hakim, jangan pengaruh hakim, jika hakim itu lurus, jika saksi tidak diajar dan tidak menipu bukti, kita harus menang. Ok?

"Kami terkejut. Pendapat saya ialah kita harus menang. Ok? Baiklah."

Shafee, yang hadir di mahkamah hari ini, memohon untuk mengketepikan kebenaran yang diberikan untuk membicarakannya atas tuduhan menghina.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen