malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

ULASAN | Negara gagal, atau kerajaan gagal, wujud apabila semua tidak berjalan seperti yang dirancanakan, terutamanya kedaulatan undang - undang.

Menurut ahli teori politik klasik Thomas Hobbes, kedaulatan undang-undang hanya boleh dikuat

Rule of law, menurut Thomas Hobbes, ahli teori politik klasik, hanya boleh dikuatkuasakan oleh 'Leviathan', atau entiti yang biasa kita panggil sebagai 'negara'.

Terdapat juga pemikir lain, seperti John Stuart Mill dan Jacques Rosseau, yang mengatakan kontrak sosial bersama rakyat memadai untuk mengekalkan perpaduan kolektif dalam masyarakat. Sama ada dengan atau tanpa sebuah negara untuk menguatkuasakan kedaulatan undang-undang.

Sebagai bekas jajahan Empayar British, Malaysia masih mengamalkan sistem perundangan Inggeris. Di bawah sistem itu, undang-undang dibuat berdasarkan duluan atau precedent, walaupun tiada perlembagaan - seperti di United Kingdom.

Pakatan Harapan (PH) telah mewarisi yang terbaik daripada kesemua ciri di atas pada 9 Mei 2018. Namun kita juga perlu ingat bahawa PH turut mewarisi sebuah sistem kleptokrasi yang telah merencatkan pentadbiran, fiskal, kewangan dan sistem kehakiman, kalau pun tidak melumpuhkan semua itu sepenuhnya.

Pada Julai 2015, sejurus selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengeluarkan laporannya, Perdana Menteri Najib Razak hampir-hampir dicekup mengikut peruntukan undang-undang. Namun beberapa pegawai di Malaysia yang sedang menyiasat kes tersebut pula didakwa di bawah Akta 124 (Kanun Keseksaan).

Akta tersebut boleh menahan dan menangkap sesiapa saja - penjara sehingga 20 tahun atau lebih - dengan alasan kononnya mencabar kerajaan yang dipilih secara demokratik. Jika Najib dan BN menang pada 9 Mei tahun lalu, badan perundangan dan polis akan menyaksikan salah satu kekejaman paling teruk pernah berlaku.

Banana republic, mahkamah kangaroo

Ramai pemberi maklumat, termasuk ketua polis negara kini Hamid Bador, yang akan ditahan kerana cubaan untuk meruntuhkan kerajaan pada masa itu.

Saya juga tidak terlepas. Saya ditangkap, ditahan, disoal siasat, dan dilepaskan dengan jaminan polis kerana memberi ciapan di Twiiter mengenai 1MDB.

Undang-undang terhadap berita palsu (fake news) yang telah diluluskan Najib dan BN, digunakan untuk menentang pemberita tempatan dan asing di Malaysia. Sebahagiannya menulis di Financial Times, The Washington Post, the Wall Street Journal, South China Morning Post dan The Economists.

Malaysia pada ketika itu seperti ingin menjadi banana republic dengan mahkamah kangaroo.

Namun Malaysia telah diselamatkan daripada kebohongan kleptokrasi, kakistokrasi dan paling penting, golongan bangsawan yang tamak. Hanya peraturan dan arahan daripada pihak atasan saja yang betul, yang lain salah. Aturan yang hanya ditentukan oleh Najib dan isterinya menjadi keputusan muktamad.

Agak menghairankan apabila selepas kejatuhan Najib, beliau memulakan serangan besar-besaran di media sosial, cuba mencabar pandangan seluruh rakyat Malaysia yang sudah serik dengan penafian dan penipuannya.

Apakah hasilnya? Kempen perhubungan awam “Malu Apa Bosku?” yang mensasarkan golongan B40 dengan harapan mereka akan mengangkat Najib dan isterinya, sebagai pertukaran dengan ganjaran wang.

Malaysia tidak gagal

Biar apa pun yang terjadi, Malaysia di bawah pentadbiran PH bukanlah sebuah negara yang gagal. Ia sekadar mewarisi beberapa kegagalan yang disebabkan oleh rejim Najib, namun itu tidak menggagalkannya sepenuhnya.

Ada tiga sebab. Pertama, meskipun Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) antara yang tidak mencatatkan prestasi baik di Asia, kita perlu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara pengeksport yang bergantung kepada perdagangan.

Apabila AS dan China diheret ke dalam perang dagangan, industri semikonduktor di zon eksport bebas cukai Pulau Pinang menerima kesan buruk secara langsung. Saham pula tidak akan menjadi semakin bagus jika Washington dan Beijing terus berkelahi.

Apa yang Malaysia boleh lakukan adalah sekadar melihat dan berharap agar perang dagangan ini tidak akan memberikan kesan yang lebih buruk.

Kedua, janganlah mengharapkan perubahan di Malaysia boleh berlaku sepantas kilat meskipun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berusaha untuk mengubah negara ini menjadi Harimau Asia sekali lagi. Sejak 2003-2018, sekurang-kurangnya 2 perdana menteri gagal menjalankan tugas dengan baik. Tentunya proses pembaikan akan memakan masa.

Ketiga, Malaysia hari ini tidak mampu mencatat pencapaian yang lebih baik kerana kerajaan terdahulu telah mengikat negara dengan perjanjian-perjanjian berat sebelah, seperti projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Jika Malaysia menarik diri daripada perjanjian itu, denda berbilion ringgit akan dikenakan. Dan jika mereka mengenakan denda itu, terutama jika Malaysia tidak mampu membayar hutang RM1.2 trilion, rating kedudukan kita di Fitch, Moody dan Standard & Poor akan menjunam.

Anggapan bahawa Malaysia gagal adalah jauh daripada kebenaran. Apa yang sedang dilakukan adalah menampal semula kelompongan yang dilakukan pentadbiran lama. Negara gagal adalah sebuah negara di mana kos sara hidupnya bukan sekadar meningkat, tetapi memuncak sehingga sehingga tidak mampu digapai hampir semua orang.


DR RAIS HUSSIN merupakan presiden dan CEO EMIR Research, sebuah badan pemikir yang berfokuskan penyelidikan polisi berteraskan data, ditunjangi nilai-nilai konsultasi, kesederhanaan, inovasi dan kerapian.

Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen