malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Pendedahan 2015 saya gagalkan usaha sembunyi Nik Faisal'
ADS

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mendakwa pendedahan awalnya berkenaan lokasi bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamal pada 2015, telah mengagalkan rancangan awalnya untuk melarikan diri.

Beliau berkata ada usaha untuk menyembunyikan Nik Faisal tetapi ia digagalkan pendedahan tersebut, seterusnya memaksa dia menukar lokasi persembunyiannya.

"Ingat hari saya saya dedahkan ada usaha untuk sembunyikannya (di lokasi tertentu), dan usaha untuk membawanya ke sebuah negara?

"Tetapi ia tidak berlaku kerana telah didedahkan lebih awal oleh saya.

"Dia ada di situ (sekali), tetapi kini dia di tempat lain," katanya dalam sidang media ketika pelancaran Ops Selamat di Menara TM di Bangsar, hari ini.

Hamid merujuk sidang media yang dibuatnya pada Ogos 2015. Ketika itu beliau mendedahkan usaha menyembunyikan saksi utama kes SRC International itu dengan bantuan "kuasa-kuasa tertentu".

Ketika itu menjadi timbalan pengarah Cawangan Khas (SB), Hamid mendakwa salah seorang saksi bersembunyi di New Zealand, selepas ke Indonesia dan Thailand.

Dalam sidang media hari ini, beliau berkata polis tahu lokasi Nik Faisal sekarang, tetapi tidak mendedahkannya secara lebih lanjut.

Beliau bagaimanapun menafikan lelaki itu berada di Indonesia bersama isteri keduanya.

"Ya kami tahu (lokasinya). Dia bukan di Indonesia. Isteri keduanya di sana. Dia ada ke sana sekali (dulu)."

Nik Faisal Ariff antara saksi paling penting dalam perbicaraan kes SRC International terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang berjalan.

Menurut saksi perbicaran, dia merupakan individu yang mengawal akaun Ambank Najib, yang didakwa menerima wang berjumlah RM42 juta.

Bagaimanapun usaha untuk membawanya ke perbicaraan masih gagal kerana pihak berkuasa sejak 2015 masih belum dapat mengambil keterangannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen