malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Debat Najib, Kit Siang buang masa - Gerakan
ADS

Tidak semua yang teruja dengan debat "kleptokrasi" antara bekas perdana menteri Najib Razak dan pemimpin veteran DAP Lim Kit SIang.

Naib Presiden Gerakan Baljit Singh berkata Najib dan MP Iskandar Puteri itu masih dalam suasana pilihan raya, walau pun pilihan raya umum telah selesai setahun yang lalu pada 9 Mei 2018.

"Saya suka untuk mengingatkan mereka pilihan raya telah selesai. Sekarang masa untuk PH yang menang untuk menunaikan janji-janjinya.

"Terdapat banyak tinjauan selepas 9 Mei menunjukkan banyak janji yang masih lagi belum dipenuhi," kata Baljit.

Beliau juga berkata debat tidak akan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang meningkat.

"Adakah debat boleh menyelesaikan masalah? Kos sara hidup yang meningkat dan orang ramai berhadapan (masalah) sama ada kehilangan pekerjaan atau gaji dipotong atau pendapatan tidak berubah.

"Kenapa tidak memperuntukkan lebih masa untuk mencari jalan memperbaiki kehidupan orang ramai, khususnya golongan B40 (golongan berpendapatan rendah sebanyak 40 peratus)?" Soal Baljit.

Debat tersebut besar kemungkinan berlangsung selepas aidilfitri diadakan susulan kenyataan Kit Siang bahawa Najib perlu menjelaskan beberapa dakwaan terhadap dirinya.

Kenyataan itu dibuat susulan Najib membangkitkan gelaran "Menteri Hal Ehwal Najib" yang diberikan kepada Lim, yang menurutnya obses terhadap dirinya.

Bagaimanapun, Baljit menjelaskan kegiatan debat itu membuang masa berkata rakyat Malaysia terlalu sibuk untuk mencari rezeki dan tidak patut diseret ke dalam "debat tidak masuk akal" di antara ahli politik.

Katanya, Najib perlu memfokuskan terhadap perbicaraan mahkamah kes-kes melibatkan 1MDB dan sebarang usaha untuk membincangkan perkara tersebut boleh menjadi subjudis atau menghina mahkamah.

"Bagaimana rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada debat itu? Selain itu, Kit Siang bukanlah menteri, (jadi) bolehkah apa-apa yang dikatakannya memberi faedah kepada negara?" Soal Baljit lagi.

Menurutnya, rakyat Malaysia sudah letih dengan permainan politik dan menggesa kedua ahli politik itu supaya lebih prihatin terhadap nasib rakyat.

"Sudah tiba masanya kedua-dua BN dan PH untuk bekerja dan mengemukakan rancangan untuk membantu rakyat, ini lebih baik untuk menunjukkan keupayaan anda dan bukan lah membuang masa dengan berdebat," jelas Baljit lagi.

Semalam, Najib menyatakan persetujuan dengan tajuk debat berkenaan kleptokrasi yang dicadangkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Namun beliau berharap topik lain juga dapat dibincangkan dalam perdebatan antara mereka nanti.

Beliau menjawab kenyataan Lim terdahulu yang mencadangkan tajuk debat iaitu "Bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti".

Dalam pada itu Najib mencadangkan debat tersebut diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan disiarkan secara langsung di televisyen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen