malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Wan Azizah sedih atas pemergian Jayathas
Diterbitkan:  May 21, 2019 10:41 PM
Dikemaskini: 2:41 PM
ADS

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan rasa sedih atas pemergian aktivis reformasi S. Jayathas petang tadi.

“Saya sedih mendapat berita pemergian reformis sejak reformasi 1998, saudara Jayathas Sirkunavelu. Saya bersama @anwaribrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sempat ziarah beliau beberapa hari lepas di hospital.

“Semoga keluarga dan sahabat seperjuangan tabah menerima berita duka ini,” katanya menerusi laman Twitternya.

Dilaporkan, Jayathas yang menderita penyakit buah pinggang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 4 petang tadi.

Mendiang bergerak aktif dalam gerakan reformasi dan pernah memegang beberapa jawatan dalam PKR termasuk ketua cabang Subang.

Jayathas juga aktif bersama gerakan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf).

- Bernama

Lihat Komen