malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Muslimat PAS pimpin Wanita Umno solat taubat
Diterbitkan:  May 21, 2019 6:28 PM
Dikemaskini: 10:28 AM
ADS

Di Lumut, sayap wanita Umno dan PAS menunjukkan persefahaman dan membuktikan hubungan erat mereka dengan cara yang istimewa sempena Ramadan kali ini.

Dipertemukan dalam program khemah ibadat, pemimpin Muslimat PAS diberi penghormatan memimpin beberapa acara, termasuk menjadi imam solat taubat.

Lebih menarik, seperti dipetik lidah rasmi PAS, harakahdaily, program berkenaan dianjurkan oleh Wanita Umno Lumut dan bertempat di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar.

"Kepercayaan tersebut menunjukkan keakraban kedua-dua entiti ini yang semakin erat mewakili dua parti terbesar Melayu Islam tanah air ke arah memartabatkan kembali ke persada politik negara," lapor portal berkenaan.

Untuk solat taubat berjemaah, lapor harakahdaily, ia diimamkan Timbalan Ketua Muslimat PAS Lumut, Putiah Shaarani. Turut diadakan ialah solat hajat dan tazkirah Ramadan yang mengupas hal-hal berkaitan syafaat al-Quran.

Tidak ketinggalan, pemimpin Muslimat PAS itu menyentuh perihal pentingnya wanita menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah agar sesuatu ibadat dapat dilaksanakan dengan ikhlas.

Lihat Komen