malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lim cadang debat tentang kleptokrasi
Diterbitkan:  May 21, 2019 3:34 PM
Dikemaskini: 7:55 AM
ADS

Menjawab cabaran debat Najib terhadapnya, Lim Kit Siang mencadangkan tajuk perdebatan berkenaan kleptokrasi.

"Patutkah seorang berdebat dengan seorang kleptokrat dan suka berbohong?

"Mungkin inilah tajuk terbaik untuk didebatkan ialah 'bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti'.

"Pilihan sekarang di tangan Najib," katanya dalam kenyataan.

Dalam wawancara bersama Free Malaysia Today, Najib berkata beliau sedia meluangkan masa untuk berdebat dengan Lim walaupun sibuk dengan perbicaraan di mahkamah.

Najib mencadangkan debat gaya bebas - Lim boleh bertanya apa saja soalan kepadanya, dan beliau juga akan berbuat perkara sama.

Dalam wawancara sama, Najib turut membangkitkan gelaran "Menteri Hal Ehwal Najib" yang diberikan kepada Lim, yang menurutnya obses terhadap dirinya.

"Sekiranya dia (Lim) cukup lapang untuk menulis pelbagai kenyataan setiap hari, dia sepatutnya lapang untuk berdebat,” katanya.

Menjawab soal itu, Lim mengakui beliau memang obses terhadap Najib tetapi bukan tanpa sebab.

"Saya tak akan berminat langsung dengannya jika dia bukan satu-satunya rakyat Malaysia yang membawa kerosakan terbesar buat negara dengan legasi kleptokrasinya, kepada generasi sekarang dan juga akan datang.

"Malah dia telah mencemarkan nama dan legasi bapanya, Tun Razak," katanya lagi.

Lihat Komen